Khairat Pusaka

Al-Wasitah

Pengurusan Pusaka Secara Percuma

Khidmat ini disediakan khusus kepada pemilik harta semasa hidup sebagai persediaan awal bagi memudahkan waris menguruskan tuntutan harta pusakanya nanti. Khairat Pusaka Al-Wasitah ialah satu inisiatif tabung tabarru’ daripada Wasiyyah Shoppe Berhad yang menawarkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka secara percuma kepada waris-waris.

Ini bertujuan untuk memastikan waris-waris yang ditinggalkan tidak terbeban dengan kos pengurusan pusaka yang tinggi dan dapat menunaikan amanah pengagihan harta dengan tenang dan teratur. Dengan pengalaman luas dalam pengurusan pusaka, Wasiyyah Shoppe Berhad telah membantu 500 lebih kes pusaka sejak penubuhan 2004 sama ada di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil. 

Khairat Pusaka Al-Wasitah memberi tumpuan kepada pengurusan pusaka yang sering ambil ringan oleh masyarakat sehingga banyak berlakunya “harta beku” di Malaysia.Sehingga kini, tabung tabarru’ Khairat Pusaka Al-Wasitah menawarkan solusi yang tepat kepada masyarakat di luar sana bagi memastikan harta dapat diurus dengan baik dan diwarisi oleh waris-waris. Perancangan yang diambil semasa hidup memberikan kepada pemilik harta ketenangan jiwa tanpa perlu memikirkan siapa yang bakal mengurus harta selepas kematian.

3 Sebab Kenapa Anda Perlukan Khairat Pusaka

Mengelakkan Bebanan Kewangan Kepada Waris Dan Menjimatkan Kos

Bebanan kos pengurusan pusaka merupakan antara punca utama mengapa pusaka tidak diuruskan. Dianggarkan kos ini adalah antara 3% – 10% daripada nilai harta pusaka.

Masalah yang sering timbul adalah “Siapakah antara waris yang sanggup menanggung kos ini?”

Melalui khairat pusaka, khidmat menguruskan pusaka akan diberikan secara percuma kepada waris, kerana menggunakan konsep khairat. Anda sebagai pemilik harta telah mencarum sebagai peserta di dalam tabung tabarru’ bagi menampung kos menguruskan pusaka di kemudian hari.

Selain berkonsepkan derma (bersyarat) yang sangat digalakkan dalam agama, kelebihan khairat pusaka adalah penjimatan kos sehingga 90% berbanding kaedah biasa.

Menguruskan pusaka bukanlah suatu yang mudah. Ia melibatkan pengetahuan terhadap hukum syarak dan juga undang-undang.

Kebanyakan daripada kita tidak mempunyai pengetahuan mengenai pembahagian pusaka sama ada segi kiraan pembahagian apatah lagi proses-proses perundangan yang terlibat.

Kesannya pusaka lambat diuruskan malahan ada yang tidak diuruskan dengan baik. Lebih malang lagi, timbul perbalahan sesama waris kerana masing-masing tidak mempunyai pengetahuan yang betul dan kemahiran dalam bidang pusaka.

Melalui khairat pusaka, proses ini diuruskan oleh pihak yang benar-benar mahir serta mampu menjadi sumber rujukan kepada waris jika timbul sebarang persoalan atau permasalahan. Ini membolehkan pusaka diuruskan dengan mudah, betul, cepat dan mengurangkan risiko perbalahan sesama waris.

Bagi mereka yang sibuk bekerja atau mempunyai tanggungjawab keluarga, masa menjadi satu kekangan yang besar. Proses pengurusan pusaka melibatkan urusan di agensi-agensi yang terlibat seperti mahkamah, Pejabat Tanah, Pejabat Pusaka kecil, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan lain-lain agensi dan institusi.

Urusan ini perlu dilakukan semasa waktu bekerja. lni memerlukan waris-waris terutama pentadbir mengorbankan masa dan cuti (bagi mereka yang bekerja) untuk menguruskannya. Keadaan akan menjadi lebih kritikal jika waris-waris tiada pengalaman atau kurang pengetahuan mengenai urusan ini.

Bebanan masa ini akan dikurangkan kerana diuruskan oleh pihak luar iaitu Wasiyyah Shoppe sebagai pengendali tabung khairat.

7 Individu Kritikal Yang Memerlukan Khairat Pusaka

Memiliki Anak Di Bawah Umur

Individu yang mempunyai anak kecil atau di bawah umur sering kali berhadapan dengan cabaran dalam memastikan harta mereka diuruskan dengan baik selepas mereka tiada. Dalam Islam, harta anak di bawah umur biasanya dikendalikan oleh penjaga atau wakil yang sah.

Dengan adanya khairat pusaka, pengurusan harta ini boleh dipastikan dilakukan dengan betul dan penjaga harta menyerahkan kepada anak-anak ini apabila mencapai usia matang.

Individu yang mempunyai konflik keluarga seperti saling tidak berkomunikasi menghadapi risiko harta pusaka terbiar dan tidak diuruskan kerana sukar mencapai kesepakatan terutama jika ada waris yang enggan mengikuti aturan yang ditetapkan oleh hukum dan undang-undang.

Khairat pusaka dapat membantu golongan ini dengan menguruskan pusaka sebagai pihak ketiga yang tidak berkepentingan dan tidak cenderung menyebelahi mana-mana pihak.

Bagi individu yang tidak mempunyai waris atau ahli keluarga yang sah sebagai penerima pusaka, khairat pusaka dapat berfungsi sebagai perantara dalam menguruskan harta mereka selepas meninggal dunia. Dalam kes sebegini, sekiranya tiada perancangan harta yang dilakukan, aset tersebut mungkin menjadi milik kerajaan atau Baitulmal.

Khairat pusaka boleh membantu golongan ini dengan menyalurkan harta mereka kepada pihak yang berhak atau kepada kebajikan.

Individu yang berpoligami biasanya berhadapan dengan situasi yang lebih kompleks dalam pengurusan pusaka, kerana terdapat lebih ramai ahli keluarga dan waris yang terlibat. Konflik dan salah faham sering berlaku apabila tiada perancangan pusaka yang jelas, terutamanya dalam pembahagian aset di antara isteri-isteri dan anak-anak dari perkahwinan yang berlainan.

Dengan adanya khairat pusaka, golongan ini boleh mendapatkan bantuan dalam menyusun pembahagian harta secara telus dan adil, mengikut hukum faraid dan syariah, untuk mengelakkan pertelingkahan antara ahli keluarga selepas ketiadaan mereka.

Mempunyai Waris di Luar Negara @ Tidak Tinggal Berdekatan

Individu yang mempunyai waris yang tinggal jauh, sama ada di luar negara atau di negeri yang berlainan, juga sering mengalami kesulitan dalam pengurusan pusaka. Waris-waris yang berada di luar kawasan ini mungkin tidak dapat pulang atau hadir untuk menguruskan pusaka dengan segera kerana kekangan masa, kos perjalanan, atau komitmen lain.

Khairat pusaka dapat membantu memastikan segala urusan pentadbiran pusaka berjalan lancar tanpa perlu menunggu waris pulang atau hadir secara fizikal, seterusnya mempercepatkan proses pembahagian harta dengan cara yang efektif.

Mereka yang menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang sudah berusia atau sakit kritikal seringkali berada dalam keadaan tertekan dan sibuk dengan keperluan penjagaan harian. Mereka mungkin tidak mempunyai masa atau tenaga untuk menguruskan pusaka dengan teliti.

Khairat pusaka dapat membantu golongan ini dengan mengambil alih proses pengurusan pusaka, memastikan harta mereka diuruskan tanpa mengganggu tanggungjawab penjagaan ahli keluarga yang memerlukan.

Individu yang mempunyai waris yang tidak berkemampuan dari segi kewangan juga termasuk dalam golongan kritikal yang memerlukan khairat pusaka. Waris-waris yang berada dalam keadaan kewangan yang terhad mungkin menghadapi kesulitan untuk menanggung kos pengurusan pusaka, termasuklah bayaran guaman. Ini boleh menyebabkan proses pembahagian pusaka tertangguh dan harta tersebut menjadi beku.

Melalui khairat pusaka, pengurusan harta dapat disediakan secara percuma, membantu waris yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan hak mereka tanpa perlu menanggung beban kewangan yang besar.

Khidmat Profesional Pengurusan Pusaka

Al-Wasitah Mutiara

Peserta Yang Berumur 18-60 Tahun
RM 65 Sebulan
  • Diuruskan Di Pejabat Pusaka Kecil
  • Nilai Harta Bawah RM 5 Juta
  • Percuma Dokumen Pelantikan Wasi
  • Percuma Dokumen Wasiat 1/3
  • Percuma Sesi Khutbah Pusaka
  • Peruntukan Pusaka RM 20,000
  • Khairat Kematian RM 2,000
Popular

Al-Wasitah Berlian

Peserta Yang Berumur 18-60 Tahun
RM 175 Sebulan
  • Diuruskan Di Mahkamah Tinggi Sivil
  • Nilai Harta Bawah RM 10 Juta
  • Percuma Dokumen Pelantikan Wasi
  • Percuma Dokumen Wasiat 1/3
  • Percuma Sesi Khutbah Pusaka
  • Peruntukan Pusaka RM 60,000
Popular

Siapa Yang Boleh Bantu Anda?

Kenali Eko Salina Kasman

Nama saya Eko Salina binti Kasman. Saya merupakan Perunding Pewarisan Harta Islam bersama Wasiyyah Shoppe Berhad, membantu individu dan keluarga merancang pewarisan mereka sejak tahun 2018. Dengan pengalaman lebih 6 tahun, saya komited memberikan solusi terbaik yang bukan sahaja mematuhi syariat tetapi juga memenuhi keperluan unik setiap keluarga.

Selain itu, saya juga aktif membimbing dan mendidik masyarakat melalui sesi perundingan, seminar, dan bengkel, memastikan mereka lebih memahami kepentingan perancangan harta pusaka untuk keharmonian keluarga dan masa depan yang lebih terjamin.

Apakah Tindakan Seterusnya?

Borang Pendaftaran
Scroll to Top
Perlukan Solusi?