Contoh Artikel – Kes Pusaka

Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan persoalan tentang pewarisan. Mohon komen di ruangan komen di bawah.

Isi Kandungan

Soalan

Assalamualaikum ustaz, mohon jelaskan hak faraid waris-waris.

Arwah bujang dan meninggalkan ibu dan adik beradik perempuan seibu sebapa. Arwah juga memiliki anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa. Saudara lelaki seibu sebapa meninggal sebelum arwah tetapi memiliki seorang anak lelaki.

Saya dengar anak saudara lelaki layak dapat pusaka. Mohon ustaz kirakan faraid.

Jawapan

Waalaikumussalam, terima kasih bertanya. Saya dah ringkaskan kes pusaka sepertimana di dalam poster.

  • Ibu dapat 1/3 disebabkan adik beradik arwah seorang dan si mati tiada anak.
  • Saudara perempuan seibu sebapa dapat 1/2 disebabkan dia seorang dan tiada waris yang mengasobahkannya iaitu saudara lelaki seibu sebapa.
  • Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa adalah waris yang menerima pusaka secara asobah disebabkan dia tidak dihalang oleh ahli asobah yang terdahulu.

Setelah pengiraan faraid, ibu dapat 2/6, saudara perempuan seibu sebapa dapat 3/6 dan anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa dapat 1/6.

Segala harta milik arwah perlu dikira mengikut pecahan tersebut.

Allahu A’lam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Solusi?